Wednesday 5 November 2014

Cengkih



Cengkih (Syzygium aromaticum, Syn. Eugenia aromaticum), dalam bahasa Inggeris disebut colves,adalah tangkai bunga kering beraroma dari keluarga pohon Myrtaceae. Cengkih tanaman asal Indonesia, banyak digunakan sebagai perencah masakan pedas di negara-negara Eropah dan sebagai bahan utama rokok kretek khas Indonesia. Cengkih ditanam terutama di Indonesia (kepulauan Banda) dan Madagaskar; selain itu juga ditanam di Zanzibar, India dan sri Lanka. Pokok cengkih adalah pokokmalar hijau kecil berdaun kilat dan berbunga kecil dengan bauan yang amat menyegarkan. Ia termasuk jenis tumbuhan perdu yang dapat memiliki batang pohon besar dan berkayu keras, cengkih mampu bertahan hidup puluhan bahkan sampai ratusan tahun, tingginya dapat mencapai 20-30 meter dan cabang-cabangnya cukup lebat. Cabang-cabang dari tumbuhan cengkih tersebut pada umumnya panjang dan dipenuhi dengan ranting-ranting kecil yang mudah patah. Mahkota biji cengkih berbentuk kerucut. Daun cengkih berwarna hijau, berbentuk lonjong dengan bahagian hujung dan pangkalnya menyudut, mempunyai ukuran lebar 2-3cm dan panjang daun 7.5-12.5cm. Bunga dan buah cengkih akan muncul dihujung ranting daun bertangkai pendek serta bertandan. Bunga cengkih muda berwarna keungu-unguan, berubah menjadi kuning kehijau-hijauan lalu berubah menjadi merah muda apabila matang. Cengkih kering akan berwarna coklat kehitaman dan berasa pedas disebabkan kandungan minyak mudah meruap (Volitile). Umumnya cengkih pertama kali berbuah pada umur 4-7 tahun. Tumbuhan ini akan tumbuh dengan baik apabil mendapat air dan sinar matahari terus secukupnya. Kesuluruhan bahagian pokok sangat beraromatik. Digunakan bagi dua tujuan, ia itu dalam masakan dan perubatan. Tunas dipetik dan dikeringkan sebelum mekar, dan dari biji ini minyak diekstrak. Minyak cengkih tulen adalah eugenol, fitokimia pelbagai rupa yang kuat, boleh membius kesakitan.

No comments:

Post a Comment