Wednesday 29 October 2014

Oregano

                                         


Oregano adalah nama tempatan bagi tumbuhan di atas. Oregano yang dijadikan rempah mempunyai dua jenis iaitu,origanum dictanus dan origanum vulgare. Oregano banyak digunakan dalam masakan Itali seperti pizza dan spageti.. Herba ini berada dalam keluarga yang sama dengan daun pudina.. Daunnya agak tebal dan agak berbulu serta herba ini mudah membiak melalui keratan batang.. Oregano merupakan penawar bagi penyakit seperti masalah pencernaan,sakit kepala,batuk dan menghilangkan bengkak.. Ianya juga banyak digunakan untuk menghilangkan sakit tekak dan sakit kerongkong dengan menjadikannya sebagai teh dan diminum.. :)

Melada Pahit


Melada pahit atau nama saintifiknya Rhus Chinensis merupakan sejenis tumbuhan liar yang digunakan untuk menghalau ular. Ia merupakan sejenis pokok kecil yang boleh mencapai ketinggian hingga mencapai 6 meter. Ia boleh dijumpai didalam hutan hujan dan kadang-kadang boleh dijumpai dikawasan semak atau belukar kecil. 

Mas Cotek


Mas cotek atau nama saintifiknya Ficus Deltoidea sangat popular di pantai timur semananjung Malaysia. Mas cotek mempunyai dua jenis iaitu mas cotek jantan serta mas cotek betina. Cara untuk membezakan mas cotek adalah melalui daunnya. Mas cotek mempunyai banyak kegunaan antaranya mampu merawat dan mengekalkan kesihatan, termasuk meningkatkan tenaga, membaiki peredaran darah, mengecutkan rahim. Ia juga dapat merawat penyakit paru-paru berair, darah tinggi, kencing manis, lemah jantung serta cirit-birit . 

Tongkat Ali



Tongkat ali atau nama saintifiknya eurycomalongifolia boleh didapati di kawasan hutan di Malaysia, Indonesia dan beberapa kawasan di Thailand. Pokok ini dikatakan dapat membantu lelaki yang menghidapi masalah syahwat. Pokok ini juga dikatakan dapat mengubati pening kepala, demam, ulser, luka-luka, kurap, antitumor dan antioksidan. 

Halia Bara


Halia bara atau nama saintifiknya Zingiber Officinale. Tumbuhan ini dikatakan dapat mengubati penyakit kulit seperti Panau dan Kurap. Selain itu, tumbuhan ini juga mampu menghilangkan tompok-tompok panau dan kelemumur pada rambut. Tambahan pula, tumbuhan ini boleh menguatkan tenaga batin lelaki.

Lempoyang


Lempoyang atau dikenali dengan nama saintifiknya Zingiber Zerumbet biasanya tumbuh di kawasan semak samun. Pokok ini dikatakan boleh mengubati kurang selera makan, sesak nafas, dan gaut. Tumbuhan ini berasal dari negara India.

Bunga Telang


 Bunga telang atau nama saintifiknya clitoria ternatea mempunyai bunga berwarna ungu dan sering dikaitkan dengan pembuatan makanan tradisional seperti nasi kerabu. 

Patawali



Patawali atau lebih dikenali sebagai Akar Seruntum dapat diklasifikasikan dalam nama saintifiknya iaitu Tinospora Tuberculata. Air senduhan batang patawali diminum bagimembunuh cacing dalam perut. Air rebusan keseluruhan pokok patawali digunakan bagi merawat penyakit koleria, darah tinggi, juandis, sakit perut dan kencing manis.

Hempedu Bumi



Hempedu bumi atau nama saintifiknya Andrographis Paniculata. Pokok ini boleh dijumpai di negara Malaysia, India, Thailand dan Indonesia. Pokok ini dapat dijadikan sebagai ubat untuk merawat penyakit kencing manis, darah tinggi, antiradang, antibakteria, antivirus, melegakan demam dan pencairan kahak. Ia turut dapat membantu melawaskan pembuangan air besar.

Temulawak


Temulawak atau nama saintifiknya Curcuma Xanthorrhiza merupakan pokok yang boleh dijumpai di India, Selatan China, Afrika, dan Asia Tenggara. Nama saintifik temulawak     hampir menyerupai nama saintifik temukunci tetapi yang membezakannya adalah nama familinya iaitu Zingiberaceae yang mana merupakan tanaman yang popular di negara Indonesia. Temulawak mengandungi kurkuminoid dan minyak astri yang berkhasiat untuk menjaga kesihatan dari berbagai penyakit. Temulawak digunakan untuk mengubati penyakit rheumatik dan kesakitan pada otot badan. Ia juga berfungsi dalam menyembuhkan demam, merawat masalah hati, demam kuning dan batu karang serta menyembuhkan penyakit kulit. Ia turut dapat memberi  kesembuhan terhadap penyakit dibahagian sulit seperti dapat menyembuhkan penyakit buasir dan kerengsaan pada rektum serta dapat mencegah masalah keputihan dan jangkitan kulat seperti candida albican pada vagina.

Jin Batu



Jin Batu atau nama saintifiknya Stronilanthes Crispus. Pokok ini berasal dari negara Madagascar hingga ke Indonesia. Pokok ini dikatakan banyak digunakan dalam perubatan tradisional seperti merawat kanser, kencing manis serta batu karang. Pokok ini juga digunakan sebagai agen diuretic.

Belalai Gajah


Belalai gajah atau nama saintifiknya Clinacanthus 
Nutans(Burm.F) Lindau. Pokok ini banyak terdapat di 
Thailand. Pokok ini dikatakan mampu menyembuhkan 
penyakit kanser, buah pinggang dan 
diabetesClinacanthus 
Nutans juga mampu merawat penyakit radang prostat, 
kolestrol, tekanan darah tinggi, asid urik tinggi, 
membuang 
toksin dalam badan dan mampu mengurangkan 
keletihan.

Cekur Manis



Cekur manis atau lebih dikenali dengan nama saintifiknya sauropus androgynus yang banyak terdapat di negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand.
Ia juga dikenali sebagai mani cai dalam bahasa cina.Cekur manis biasanya dijadikan sayuran dalam masakan.Ia merupakan tumbuhan renek saka yang separa berkayu.

Apabila pokok mencapai ketinggian 8m, tetapi untuk mengekalkan kesuburan cekur manis, ia perlu dicantas hingga mencapai 1-2m. Kandungan zatnya tinggi dalam daun yang matang. Ia mampu merawat penyakit panas badan, tekanan darah rendah, pening-pening dan sakit jantung

Tuesday 28 October 2014

Pandan


Pandan, atau dinegara luar seperti Amerika ia lebih dikenali dengan nama saintifiknya iaitu Pandanus Odorus. Ia merupakan tumbuhan yang tumbuhan menjalar akibat pecahan rumpun dan anak pokok terhasil dari rizomnya. Pandan ditanam sebagai tumbuhan masakan disekitar kawasan rumah dan biasanya digunakan dalam masakan dan penghasilan pencuci mulut. Pandan adalah sejenis pokok yang amat terangsang dengan medium yang agak lembap dan berair. Pandan biasanya dijadikan teh untuk menghilangkan masalah angindan masalah pencernaan. Ia juga dikatakan dapat menyembuhkan penyakit demam campak, denggi serta penyakit anemia

Temu kunci



Temu kunci, atau nama saintifiknya Curcuma Xanathorriza Roxb merupakan tanaman semak liar tahunan yang mempunyai ketinggian berukuran 30 cm manakala tulang daunnya besar serta berlapis-lapis seperti semburan cahaya matahari. Temu kunci mempunyai jumlah daun sekitar 4-5 helai.. Secara kimia, temu kunci banyak mengandungi minyak asiri seperti sineol,kamfer dan pati. Pokok temu kunci mempunyai khasiatnya yang tersendiri antaranya ia dapat dijadikan sebagai ubat masuk angin, anti-microba,duretik,merangsang ASI dan penambah stamina bagi atlet sukan …

Akar som


Pokok akar som dikenali sebagai ginseng jawa seringkali digunakan dalam perubatan tradisional.. Akar som juga dikenali dengan nama saintifiknya iaitu talinum paniculatum gaerth. Akarnya dikatakan dapat membaiki pengaliran darah, meningkatkan sumber darah,mencergaskan dan membantu pemulihan daripada penyakit. Hampir semua pokok herba ini boleh dimakan,ia juga digunakan bagi merawat masalah hati dan masalah buah pinggang,buasir,cirit birit,haid yang tidak teratur dan keputihan.. Ia juga diambil untuk mengeluarkan peluh dan boleh meningkatkan aliran susu badan bagi ibu yang menyusu..AWAS!! Pengambilan akar som yang berlebihan boleh menyebabkan rasa mual,muntah dan sesak nafas

Ganda Rusa



Latin Justicia Gendarussa Burm. F. sebahagian daripada keluarga Acanthaceae. Ia merupakan tumbuhan semak yang umumnya ditanam sebagai pasar hidup atau tumbuhan liar dihutan, tanggul sungai, atau dipelihara sebagai tanaman ubat. Gandarusa dapat menyembuhkan luka terpukul, tulang patah,reumatik,bisul,sakit kepala dan rematik. Di India dan Asia Tenggara, pokok ini digunakan sebagai penurun panas, merangsang muntah, kelumpuhan otot wajah, eczema, sakit mata dan telinga.. Awas!! Wanita hamil dilarang menggunakan tanaman ini untuk kegunaan luaran mahupun dalaman.
.


Pokok Pegaga



Centella asiatica atau hydocotyle asiatica lebih popular dikenali sebagai PEGAGA. Pegaga merupakan ulaman popular yang pada mulanya dimakan sebagai ulam untuk menaikkan selera kerana daunnya wangi dan manis. Pegaga umumnya membiak melalui pecahan anak dan tumbuh menjalar di tanah yang lembab dan mempunyai saliran yang baik... Ianya membekalkan vitamin A dan vitamin C serta zat besi untuk membantu pertumbuhan manusia.. Bagi wanita ketika berpantang,pegaga merupakan makanan rasmi kerana ia dapat membantu menyembuhkan luka-luka dalaman ketika bersalin. Kajian pada 1949 mendapati pegaga mempunyai pelbagai mujarab untuk menyembuhkan penyakit khususnya penyakit kusta dan ulser kerana pegaga kaya dengan ciri antibakteria yang ada padanya.. Pada sekitar tahun 1950-an pula,saintis mendapati pegaga amat baik untuk membaiki fungsi minda.