Selamat Datang ke Taman Darul Iman ( Taman Herba, Rekreasi, dan Informasi ) Disini Anda Boleh Mengenal dan Lebih Mengetahui Pelbagai Jenis Pokok Herba Yang Penuh Manfaat . Welcome to Taman Darul Iman ( Herb's Garden, Recreation and Information ) Here you will get all types of information about the uses of herbs.
Wednesday, 29 October 2014
Temulawak
Temulawak atau nama saintifiknya Curcuma Xanthorrhiza merupakan pokok yang boleh dijumpai di India, Selatan China, Afrika, dan Asia Tenggara. Nama saintifik temulawak hampir menyerupai nama saintifik temukunci tetapi yang membezakannya adalah nama familinya iaitu Zingiberaceae yang mana merupakan tanaman yang popular di negara Indonesia. Temulawak mengandungi kurkuminoid dan minyak astri yang berkhasiat untuk menjaga kesihatan dari berbagai penyakit. Temulawak digunakan untuk mengubati penyakit rheumatik dan kesakitan pada otot badan. Ia juga berfungsi dalam menyembuhkan demam, merawat masalah hati, demam kuning dan batu karang serta menyembuhkan penyakit kulit. Ia turut dapat memberi kesembuhan terhadap penyakit dibahagian sulit seperti dapat menyembuhkan penyakit buasir dan kerengsaan pada rektum serta dapat mencegah masalah keputihan dan jangkitan kulat seperti candida albican pada vagina.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment