Centella
asiatica atau hydocotyle asiatica lebih popular dikenali sebagai PEGAGA. Pegaga
merupakan ulaman popular yang pada mulanya dimakan sebagai ulam untuk menaikkan
selera kerana daunnya wangi dan manis. Pegaga umumnya membiak melalui pecahan
anak dan tumbuh menjalar di tanah yang lembab dan mempunyai saliran yang
baik... Ianya membekalkan
vitamin A dan vitamin C serta zat besi untuk membantu pertumbuhan manusia.. Bagi wanita ketika
berpantang,pegaga merupakan makanan rasmi kerana ia dapat membantu menyembuhkan
luka-luka dalaman ketika bersalin. Kajian pada 1949 mendapati pegaga mempunyai
pelbagai mujarab untuk menyembuhkan penyakit khususnya penyakit kusta dan ulser kerana pegaga
kaya dengan ciri antibakteria yang ada padanya.. Pada
sekitar tahun 1950-an pula,saintis mendapati pegaga amat baik untuk membaiki fungsi minda.