Oregano adalah nama tempatan bagi tumbuhan di atas. Oregano yang dijadikan rempah mempunyai dua jenis iaitu,origanum dictanus dan origanum vulgare. Oregano banyak digunakan dalam masakan Itali seperti pizza dan spageti.. Herba ini berada dalam keluarga yang sama dengan daun pudina.. Daunnya agak tebal dan agak berbulu serta herba ini mudah membiak melalui keratan batang.. Oregano merupakan penawar bagi penyakit seperti masalah pencernaan,sakit kepala,batuk dan menghilangkan bengkak.. Ianya juga banyak digunakan untuk menghilangkan sakit tekak dan sakit kerongkong dengan menjadikannya sebagai teh dan diminum.. :)
Selamat Datang ke Taman Darul Iman ( Taman Herba, Rekreasi, dan Informasi ) Disini Anda Boleh Mengenal dan Lebih Mengetahui Pelbagai Jenis Pokok Herba Yang Penuh Manfaat . Welcome to Taman Darul Iman ( Herb's Garden, Recreation and Information ) Here you will get all types of information about the uses of herbs.
Wednesday, 29 October 2014
Melada Pahit
Melada pahit atau nama saintifiknya Rhus Chinensis merupakan sejenis tumbuhan liar yang digunakan untuk menghalau ular. Ia merupakan sejenis pokok kecil yang boleh mencapai ketinggian hingga mencapai 6 meter. Ia boleh dijumpai didalam hutan hujan dan kadang-kadang boleh dijumpai dikawasan semak atau belukar kecil.
Mas Cotek
Mas cotek atau nama saintifiknya Ficus Deltoidea sangat popular di pantai timur semananjung Malaysia. Mas cotek mempunyai dua jenis iaitu mas cotek jantan serta mas cotek betina. Cara untuk membezakan mas cotek adalah melalui daunnya. Mas cotek mempunyai banyak kegunaan antaranya mampu merawat dan mengekalkan kesihatan, termasuk meningkatkan tenaga, membaiki peredaran darah, mengecutkan rahim. Ia juga dapat merawat penyakit paru-paru berair, darah tinggi, kencing manis, lemah jantung serta cirit-birit .
Tongkat Ali
Tongkat ali atau nama saintifiknya eurycomalongifolia boleh didapati di kawasan hutan di Malaysia, Indonesia dan beberapa kawasan di Thailand. Pokok ini dikatakan dapat membantu lelaki yang menghidapi masalah syahwat. Pokok ini juga dikatakan dapat mengubati pening kepala, demam, ulser, luka-luka, kurap, antitumor dan antioksidan.
Halia Bara
Halia bara atau nama saintifiknya Zingiber Officinale. Tumbuhan ini dikatakan dapat mengubati penyakit kulit seperti Panau dan Kurap. Selain itu, tumbuhan ini juga mampu menghilangkan tompok-tompok panau dan kelemumur pada rambut. Tambahan pula, tumbuhan ini boleh menguatkan tenaga batin lelaki.
Lempoyang
Lempoyang atau dikenali dengan nama saintifiknya Zingiber Zerumbet biasanya tumbuh di kawasan semak samun. Pokok ini dikatakan boleh mengubati kurang selera makan, sesak nafas, dan gaut. Tumbuhan ini berasal dari negara India.
Bunga Telang
Bunga telang atau nama saintifiknya clitoria ternatea mempunyai bunga berwarna ungu dan sering dikaitkan dengan pembuatan makanan tradisional seperti nasi kerabu.
Patawali
Hempedu Bumi
Temulawak
Temulawak atau nama saintifiknya Curcuma Xanthorrhiza merupakan pokok yang boleh dijumpai di India, Selatan China, Afrika, dan Asia Tenggara. Nama saintifik temulawak hampir menyerupai nama saintifik temukunci tetapi yang membezakannya adalah nama familinya iaitu Zingiberaceae yang mana merupakan tanaman yang popular di negara Indonesia. Temulawak mengandungi kurkuminoid dan minyak astri yang berkhasiat untuk menjaga kesihatan dari berbagai penyakit. Temulawak digunakan untuk mengubati penyakit rheumatik dan kesakitan pada otot badan. Ia juga berfungsi dalam menyembuhkan demam, merawat masalah hati, demam kuning dan batu karang serta menyembuhkan penyakit kulit. Ia turut dapat memberi kesembuhan terhadap penyakit dibahagian sulit seperti dapat menyembuhkan penyakit buasir dan kerengsaan pada rektum serta dapat mencegah masalah keputihan dan jangkitan kulat seperti candida albican pada vagina.
Jin Batu
Belalai Gajah
Belalai gajah atau nama saintifiknya Clinacanthus
Nutans(Burm.F) Lindau. Pokok ini banyak terdapat di
Thailand. Pokok ini dikatakan mampu menyembuhkan
penyakit kanser, buah pinggang dan
diabetes. Clinacanthus
Nutans juga mampu merawat penyakit radang prostat,
kolestrol, tekanan darah tinggi, asid urik tinggi,
membuang
toksin dalam badan dan mampu mengurangkan
keletihan.
Cekur Manis
Cekur manis atau lebih dikenali dengan nama
saintifiknya sauropus androgynus yang banyak terdapat di
negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand.
Ia juga dikenali sebagai mani cai dalam bahasa
cina.Cekur manis biasanya dijadikan sayuran dalam
masakan.Ia merupakan tumbuhan renek saka yang separa
berkayu.
Apabila
pokok mencapai ketinggian 8m, tetapi untuk mengekalkan kesuburan cekur manis,
ia perlu dicantas hingga mencapai 1-2m. Kandungan zatnya tinggi dalam daun yang
matang. Ia mampu merawat penyakit panas badan, tekanan darah rendah, pening-pening
dan sakit jantung
Tuesday, 28 October 2014
Pandan
Pandan, atau dinegara
luar seperti Amerika ia lebih dikenali dengan nama saintifiknya iaitu Pandanus Odorus. Ia merupakan tumbuhan yang tumbuhan
menjalar akibat pecahan rumpun dan anak pokok terhasil dari rizomnya. Pandan
ditanam sebagai tumbuhan masakan disekitar kawasan rumah dan biasanya
digunakan dalam masakan dan penghasilan pencuci mulut. Pandan adalah sejenis pokok yang amat
terangsang dengan medium yang agak lembap dan berair. Pandan biasanya dijadikan teh untuk menghilangkan masalah
angindan masalah pencernaan. Ia juga dikatakan dapat menyembuhkan penyakit demam campak,
denggi serta penyakit anemia
Temu kunci
Temu kunci, atau nama
saintifiknya Curcuma Xanathorriza Roxb merupakan tanaman semak liar tahunan
yang mempunyai ketinggian berukuran 30 cm manakala tulang daunnya besar serta
berlapis-lapis seperti semburan cahaya matahari. Temu kunci mempunyai jumlah
daun sekitar 4-5 helai.. Secara kimia, temu kunci banyak mengandungi minyak
asiri seperti sineol,kamfer dan pati. Pokok temu kunci mempunyai
khasiatnya yang tersendiri antaranya ia dapat dijadikan sebagai ubat masuk
angin, anti-microba,duretik,merangsang ASI dan penambah stamina bagi atlet
sukan …
Akar som
Pokok akar som dikenali
sebagai ginseng jawa seringkali digunakan dalam perubatan tradisional.. Akar
som juga dikenali dengan nama saintifiknya iaitu talinum paniculatum gaerth.
Akarnya dikatakan dapat membaiki pengaliran darah, meningkatkan
sumber darah,mencergaskan dan membantu pemulihan daripada penyakit. Hampir semua pokok herba ini boleh dimakan,ia juga digunakan bagi merawat masalah hati dan masalah buah
pinggang,buasir,cirit birit,haid yang tidak teratur dan keputihan.. Ia juga diambil untuk mengeluarkan peluh dan boleh meningkatkan aliran susu badan
bagi ibu yang menyusu..AWAS!! Pengambilan akar som yang berlebihan boleh
menyebabkan rasa mual,muntah dan sesak nafas
Ganda Rusa
Latin Justicia Gendarussa Burm. F. sebahagian
daripada keluarga Acanthaceae. Ia merupakan tumbuhan semak yang umumnya ditanam
sebagai pasar hidup atau tumbuhan liar dihutan, tanggul sungai, atau dipelihara
sebagai tanaman ubat. Gandarusa dapat menyembuhkan luka
terpukul, tulang patah,reumatik,bisul,sakit kepala dan rematik. Di
India dan Asia Tenggara, pokok ini digunakan sebagai penurun
panas, merangsang muntah, kelumpuhan otot wajah, eczema, sakit mata dan
telinga.. Awas!! Wanita hamil dilarang menggunakan tanaman ini
untuk kegunaan luaran mahupun dalaman.
.
Pokok Pegaga
Centella
asiatica atau hydocotyle asiatica lebih popular dikenali sebagai PEGAGA. Pegaga
merupakan ulaman popular yang pada mulanya dimakan sebagai ulam untuk menaikkan
selera kerana daunnya wangi dan manis. Pegaga umumnya membiak melalui pecahan
anak dan tumbuh menjalar di tanah yang lembab dan mempunyai saliran yang
baik... Ianya membekalkan
vitamin A dan vitamin C serta zat besi untuk membantu pertumbuhan manusia.. Bagi wanita ketika
berpantang,pegaga merupakan makanan rasmi kerana ia dapat membantu menyembuhkan
luka-luka dalaman ketika bersalin. Kajian pada 1949 mendapati pegaga mempunyai
pelbagai mujarab untuk menyembuhkan penyakit khususnya penyakit kusta dan ulser kerana pegaga
kaya dengan ciri antibakteria yang ada padanya.. Pada
sekitar tahun 1950-an pula,saintis mendapati pegaga amat baik untuk membaiki fungsi minda.
Subscribe to:
Posts (Atom)