Cengkih (Syzygium
aromaticum, Syn. Eugenia aromaticum), dalam bahasa Inggeris disebut colves,adalah
tangkai bunga kering beraroma dari keluarga pohon Myrtaceae. Cengkih tanaman
asal Indonesia, banyak digunakan sebagai perencah masakan pedas di negara-negara
Eropah dan sebagai bahan utama rokok kretek khas Indonesia. Cengkih ditanam terutama
di Indonesia (kepulauan Banda) dan Madagaskar; selain itu juga ditanam di
Zanzibar, India dan sri Lanka. Pokok cengkih adalah pokokmalar hijau kecil berdaun
kilat dan berbunga kecil dengan bauan yang amat menyegarkan. Ia termasuk jenis
tumbuhan perdu yang dapat memiliki batang pohon besar dan berkayu keras,
cengkih mampu bertahan hidup puluhan bahkan sampai ratusan tahun, tingginya
dapat mencapai 20-30 meter dan cabang-cabangnya cukup lebat. Cabang-cabang dari
tumbuhan cengkih tersebut pada umumnya panjang dan dipenuhi dengan
ranting-ranting kecil yang mudah patah. Mahkota biji cengkih berbentuk kerucut.
Daun cengkih berwarna hijau, berbentuk lonjong dengan bahagian hujung dan
pangkalnya menyudut, mempunyai ukuran lebar 2-3cm dan panjang daun 7.5-12.5cm.
Bunga dan buah cengkih akan muncul dihujung ranting daun bertangkai pendek
serta bertandan. Bunga cengkih muda berwarna keungu-unguan, berubah menjadi
kuning kehijau-hijauan lalu berubah menjadi merah muda apabila matang. Cengkih
kering akan berwarna coklat kehitaman dan berasa pedas disebabkan kandungan
minyak mudah meruap (Volitile). Umumnya cengkih pertama kali berbuah pada umur
4-7 tahun. Tumbuhan ini akan tumbuh dengan baik apabil mendapat air dan sinar
matahari terus secukupnya. Kesuluruhan bahagian pokok sangat beraromatik.
Digunakan bagi dua tujuan, ia itu dalam masakan dan perubatan. Tunas dipetik
dan dikeringkan sebelum mekar, dan dari biji ini minyak diekstrak. Minyak
cengkih tulen adalah eugenol, fitokimia pelbagai rupa yang kuat, boleh membius
kesakitan.
No comments:
Post a Comment