Nama Tempatan: | bunga ros jepun |
Nama Saintifik: | Portulaca Grandiflora |
Nama Lain: | bunga kembang petang, bunga pukul sepuluh,moss rose, rose moss, sun plant,japanese rose, bunga gelang |
Famili: | Portulaceae |
Lokasi dijumpai: | Tumbuhan hiasan |
Asal: | tumbuhan tempatan |
keterangan: | |
Ros jepun merupakan sejenis tumbuhan hiasan yang digemari ramai kerana bunganya yang menarik dan penjagaannya yang mudah. terdapat pelbagai warna ros jepun antaranya merah jambu, merah terang, putih , kuning, ungu dan oren. terdapat juga jenis yang mempunya campuran warna seperti merah jambu dan putih. Ia merupakan sejenis tumbuhan herba yang merayap dan menyukai tanah yang poros dan bersaliran baik. Ia mudah membiak melalui jalaran akar dan boleh dibiakkan melalui keratan batang. Ia akan mengeluarkan bunga yang banyak jika mendapat pendedahan sepenuhnya kepada cahaya matahari. Bunganya akan kembang sepenuhnya pada pukul 10-11 pagi. daunnya berwarna hijau tetapi akan bertukar menjadi keperangan jika mendapat cahaya matahari yang berlebihan.
| |
kegunaan: | |
Daunnya boleh digunakan untuk merawat luka ringan dengan cara dihancurkan dan ditampal pada bahagian yang luka.
|
Selamat Datang ke Taman Darul Iman ( Taman Herba, Rekreasi, dan Informasi ) Disini Anda Boleh Mengenal dan Lebih Mengetahui Pelbagai Jenis Pokok Herba Yang Penuh Manfaat . Welcome to Taman Darul Iman ( Herb's Garden, Recreation and Information ) Here you will get all types of information about the uses of herbs.
Wednesday, 5 November 2014
Bunga ros jepun
Roselle
Hibiscus
sabdariffa
KHASIAT : menyegar
dan mengembalikan tenaga, selsema, batuk, mencerdaskan minda, mengurangkan
stress, sukar tidur, kanser, menstabilkan tekanan darah tinggi, menghilangkan
jeragat muka, awet muda.
Daun sup
Apium graveolens
Khasiat: Mencuci buah pinggang.Caranya sediakan daun sup (100 gram) cuci
bersih-bersih, potong kecil-kecil masukkan kedalam periuk, masukan air bersih,
didihkan selama sepuluh minit sahaja.Setelah
itu sejukkan, tapis dan masukkan kedalam bekas yang sesuai dan disimpan dalam
peti sejuk. Amalkan meminumnya sehari segelas. Kandungan garam dan toksin dalam
badan akan dikumuhkan melalui air kencing.
Cekur batik
Kaempferia elegans
Khasiat:
selsema, mengecutkan rahim, hilangkan kelemumur, sakit perut
1. Selesema - si cekur dicampur dengan lada sulah,kayu
manis dan madu.
2. Cekur dibuat ulam atau acar bagi
mengecutkan rahim dan
menggalakan pembuangan angin
3. Air rebusan akar cekur dapat
menghilangkan kelemumur dan sakit perut.
Pokok Langsuyar
Asplenium nidus
Pokok Daun Semun mempunyai batang pokok yang pendek dan bersisik. Digelarkan rizom, batang pokok ini mempunyai satu silara daun pada bahagian atasnya. Di bawah rizom itu terdapat serumpun akar dengan banyak akar rambut untuk mengumpul kelembapan daripada hujan atau udara yang lembap.
Daun atau pelepah Pokok Daun Semun adalah panjang sehingga 150 sentimeter atau lebih. Pada permukaan bawah daun terdapat alur-alur halus yang bercabang seperti jejari dan yang kelihatan seolah-olah vena. Alur-alur ini mengandungi spora yang kelihatan seolah-olah habuk perang.
Bahagian atas silara Pokok Daun Semun mengandungi satu lekukan di pusatnya untuk menangkap daun-daun yang luruh dari pokok-pokok yang lebih tinggi. Semasa daun ini semakin reput, bahan-bahan mati ini bersama-sama dengan akar-akar pokok ini, bertindak sebagai span untuk menyerap dan menyimpan air, khususnya selepas hujan lebat. Tumbuhan-tumbuhan lain, seperti paku-pakis yang lebih kecil dan pokok-pokok anggerik tumbuh dalam lekukan ini dan berkongsi air yang dikumpul.
Ketumpangan air
(Peperomia pellucida)
Seluruh bagiannya dapat dimakan, tetapi kebanyakan dikenal dari manfaat pengobatannya.
Efek farmakologinya adalah sebagai analgesik (pengurang rasa sakit) dan antiradang (antiinflammatory), diduga terkait dengan efeknya pada sintesis prostaglandin pada tubuh manusia.
Ia diketahui pula memiliki efek antibiotik spektrum luas, ditunjukkan pada pengaruhnya dalam menekan Staphylococcus aureus,Bacillus subtilis, Pseudomonas aeruginosa, and Escherichia coli. Ekstrak daun keringnya dalam kloroform diketahui menghambat fungi Trichophyton mentagrophytes.
Dalam pengobatan tradisional, tumpangan air dikenal sebagai bagian dalam pengobatan sakit perut, bengkak, jerawat, kolik, pegal-pegal, sakit kepala, gangguan kemih, dan sakit sendi karena reumatik.
Di Asia Tenggara, seduhan tumbuhan ini dipakai untuk mengurangi asam urat dan mengobati gangguan kemih. Ia juga digunakan sebagai pembalur untuk jerawat.
Kunyit Hitam
Nama
Tempatan: Kunyit Hitam
Nama
Saintifik: Curcuma Caesia
Nama Lain: Kali haldi(india), black turmeric, black
zedoary
Famili: zingiberaceae
Lokasi
dijumpai: Tumbuhan rempah
Asal:
keterangan:
Kunyit hitam
ialah sejenis kunyit yang begitu jarang dijumpai dan mempunyai nilai perubatan
yang tinggi. Sesetengah kepercayaan menganggap kunyit ini mempunyai nilai
mistik. DiIndia kunyit ini ditanam secara kormesial kerana nilai perubatannya
kegunaan:
Ia digunakan
terutamanya untuk merawat ketumbuhan pada sendi( tumor joint). Ia juga
digunakan untuk merawat penyakit kusta dan dikatakan dapat memanjangkan usia
seseorang.
Kunyit
Turmeric
Khasiat: Penghalang
bengkak dan sakit-sakit pada otot, tulang dan sendi, antioksidan
semulajadi, kanser, meningkatkan fungsi otak dan memori, penyakit jantung,
keputihan
Caranya :
1)
Keputihan
Kunyit tua (15g) dikupas dan diparut. Ditambah 150ml air asam jawa dan
gula dan dikacau rata. Tapisdan minum setiap hari.
2) Kapsul
kunyit dimakan untuk mengatasi penyakit lain.
Sambung nyawa
Gynura procumbens
Khasiat: diabetis mellitus, Darah tinggi, Tumor, Kena bias ulat dan
semut
Caranya :
1) diabetis
melitus
Siapkan
tujuh lembar daun sambung nyawa yang masih segar.cuci dan bilas dengan air.makan daun sebagai lalapan mentah
bersama dengan nasi.lakukan dua kali sehari,masing-masing tujuh lembar daun
2) Darah
tinggi
ambil tujuh
lembar daun sambung nyawa,cuci bersih kemudian dimakan sekali sehari sebagai
lalapan. Boleh juga ditumis atau dikukus sebentar sebelum dimakn atau dibuat jus.lakukan hal ini
sebagai rutin harian.
3)Tumor
Makan tiga lembar daun sambung nyawa segar setiap
hari,jangan lupa dicuci bersih.lakukan secara teratur setiap kali makan
nasi.pantangnya:ikan masin,tauge,sawi putih,kangkung,nanas.durian,nangka
4)Kena bias ulat dan semut hitam
Selembar
daun segar digosokkan pada bahagian tubuh yang gatal sehingga daun tersebut
mengeluarkan air dan hancur.lakukan dua kali selama dua jam sekali atau ambil
20 helai daun .cuci dan ditumbuk halus,masukkan sedikit air garam.ramuan ini
berguna untuk mengurap sebanyak gigitan/sengatan,lalu dibalut (1-2 kali sehari
sebanyak yang diperlukan).
Kelapa
(Cocos nucifera L.)
Kesemua bahagian pokok kelapa berguna kecuali kemungkinannya bahagian akar dan pokok kelapa mampu menghasilkan sehingga 75 biji kelapa setahun; dengan itu, ia mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Malah, nama pokok kelapa dalam bahasa Sanskrit adalah kalpa vriksha, yang diterjemahkan sebagai "pokok yang membekalkan semua keperluan kehidupan". Kegunaan pelbagai bahagian kelapa termasuk:
- batang kelapa boleh dibuat titi serta bahan pembinaan untuk rumah seperti papan, dinding dan lantai
- daun kelapa boleh dibuat pembalut makanan
- lidi kelapa boleh dibuat penyapu
- sabut kelapa boleh dibuat tali
- tempurung kelapa boleh diproses menjadi ubat nyamuk dan barangan kraftangan
- serbut sabut boleh dibuat bahan reput dan kompos dalam pertanian
- minyaknya sebagai minyak masak, minyak pelita dan sabun
Daun limau purut
Citrus hystrix
Khasiat:
menghilangkan kelemumur
Caranya :
Belah dua
dan jusnya diperah ke atas kepala dan digosokkan ke kulit kepala.
Insyallah, jika diamalkan, rambut menjadi sihat, berkilat, dan bersih
tanpa kelumumur
Daun kari
Murraya
koenigii
Khasiat: tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya
serta mengatasi masalah penghadaman, sembelit, cirit birit dan buasir.
Caranya :
1 i. Cirit-birit,
buasir
Jus daun kari
yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar kepada cirit birit dan buasir.
2 ii.masalah loya dan pening.
Campurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis.
Campurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis.
3 iii. Diabetes
Air rebusan kulit batangnya yang kering dapat digunakan untuk mengubat diabetes. Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan.
Air rebusan kulit batangnya yang kering dapat digunakan untuk mengubat diabetes. Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan.
4 iv. Merangsang kehamilan
Amalkan makan
pucuk kari selama 3 bulan setiap hari
Belimbing tanah
Nama Tempatan: | Belimbing tanah |
Nama Saintifik: | tacca integrifolia |
Nama Lain: | Belimbing batu, white bat plant |
Famili: | taccaceae |
Lokasi dijumpai: | |
Asal: | |
keterangan: | |
Tumbuhan berumpun ini agak sukar ditemui namun ia biasanya didapati tumbuh liar dikawasan yang agak redup terutamanya dikebun getah.Daunnya lebar dan panjang berukuran kira-kira 15 inci panjangnya. Ia membiak melalui rizom dan pokoknya jika dilihat sekali imbas menyerupai pokok kunyit.
| |
kegunaan: | |
Digunakan untuk menurunkan tekanan darah tinggi. seluruh pokok ini termasuk akar dan buahnya direbus hingga mendidih dan airnya diminum dua kali sehari. selain dari itu tonik ini juga berupaya mengubati masalah buasir, kencing manis, lemah jantung dan buah pinggang
|
Temu putih
Curcuma
zedoaria
Khasiat: menghangatkan badan, menambah nafsu
makan, menghilangkan nafas tidak sedap, menguatkan syahwat, sebagai ubat luka,
kecacingan , memperbaiki penglihatan yang kabur atau tidak jelas, demam,dan tumor.
Dimakan sebagai ulam atau di dalam bentuk kapsul.
Dukung Anak
Phyllanthus niruri
Khasiat:
Buahnya
digunakan untuk mengubati luka, kerengsaan, penyakit kudis buta(scabies) dan
kurap.Akarnya pula (yang masih segar) adalah penawar yang berkesan untuk
penyakit kuning(jaundice) terutamanya pada bayi yang baru lahir. Daun yang
telah dilumatkan dan dicampur dengan sedikit garam dapur boleh merawat
jangkitan kudis buta(scabies). Jika tidak dicampur garam ia boleh ditampal pada
luka dan lebambisa gigitan ular, Tumbuhan ini juga boleh digunakan sebagai
tuba(racun) ikan. Walaupun masih sukar untuk menentukan apakah kandungan dalam
tumbuhan ini yang menyebabkan ia mempunyai nilai perubatan yang tinggi, ada
kajian yang menunjukkan ia memberikan kesan positif untuk mengubati penyakit
hepaptitis B. Kajian lanjut masih dijalankan oleh para saintis mengenai
kegunaan dukung anak untuk merawat hepatitis B.
Daun Kesum
Polygonum minus huds
Khasiat:
1) Digunakan untuk mengharumkan masakan
seperti laksa dan asam pedas.
2) Digunakan untuk mengubati masalah perut tidak
hadam dengan cara merebus pokok kesum berasama air hingga mendidih dan airnya
diminum.
3) Menjadi penawar kepada masalah kelemumur. Cara
untuk menghilangkan kelemumur menggunakan kesum ialah dengan menumbuk daunnya
hingga lumat dan airnya diperah.Gosokkan air yang terhasil ini pada kulit
kepala dan biarkan selama 3-5 minit sebelum dibilas dengan air bersih.
Halia
Zingiber Officinale
Khasiat:
1.
Halia
boleh digunakan untuk merawat penyakit angin dalam badan,muntah-muntah, cirit-birit,sakit
perut, rheumatik,melancarkan pengaliran darah, menghangatkan badan dan membantu
penghadaman makanan.
2.
Ia juga
boleh merawat mati pucuk(impoten),keracunan oleh udang,sakit pinggang dan sakit
kepala.Untuk rheumatik, halia dibakar, dibersihkan dan diparut serta ditampal
di tempat yang sakit.
Daun Selasih
Ocimum basilicum
Khasiat:
Antara penyakit yang boleh dirawat dengan cara memakan daunnya secara mentah adalah masalah usus atau lebih biasa di panggil gastrik. Ia
juga sesuai untuk merawat penyakit kulit, sakit kepala, sakit telinga dan juga
meredakan demam. Ia di lakukan dengan merendamkan beberapa helai daunnya yang
segar dalam air panas dan apabila sudah suam, minumlah air rendamannya itu
perlahan-lahan.Malah air rendamannya itu boleh juga digunakan secara luaran
bagi mengubati sakit sendi dan menambah pengeluaran susu bagi wanita yang
menyusukan anak.
Cengkih
Cengkih (Syzygium
aromaticum, Syn. Eugenia aromaticum), dalam bahasa Inggeris disebut colves,adalah
tangkai bunga kering beraroma dari keluarga pohon Myrtaceae. Cengkih tanaman
asal Indonesia, banyak digunakan sebagai perencah masakan pedas di negara-negara
Eropah dan sebagai bahan utama rokok kretek khas Indonesia. Cengkih ditanam terutama
di Indonesia (kepulauan Banda) dan Madagaskar; selain itu juga ditanam di
Zanzibar, India dan sri Lanka. Pokok cengkih adalah pokokmalar hijau kecil berdaun
kilat dan berbunga kecil dengan bauan yang amat menyegarkan. Ia termasuk jenis
tumbuhan perdu yang dapat memiliki batang pohon besar dan berkayu keras,
cengkih mampu bertahan hidup puluhan bahkan sampai ratusan tahun, tingginya
dapat mencapai 20-30 meter dan cabang-cabangnya cukup lebat. Cabang-cabang dari
tumbuhan cengkih tersebut pada umumnya panjang dan dipenuhi dengan
ranting-ranting kecil yang mudah patah. Mahkota biji cengkih berbentuk kerucut.
Daun cengkih berwarna hijau, berbentuk lonjong dengan bahagian hujung dan
pangkalnya menyudut, mempunyai ukuran lebar 2-3cm dan panjang daun 7.5-12.5cm.
Bunga dan buah cengkih akan muncul dihujung ranting daun bertangkai pendek
serta bertandan. Bunga cengkih muda berwarna keungu-unguan, berubah menjadi
kuning kehijau-hijauan lalu berubah menjadi merah muda apabila matang. Cengkih
kering akan berwarna coklat kehitaman dan berasa pedas disebabkan kandungan
minyak mudah meruap (Volitile). Umumnya cengkih pertama kali berbuah pada umur
4-7 tahun. Tumbuhan ini akan tumbuh dengan baik apabil mendapat air dan sinar
matahari terus secukupnya. Kesuluruhan bahagian pokok sangat beraromatik.
Digunakan bagi dua tujuan, ia itu dalam masakan dan perubatan. Tunas dipetik
dan dikeringkan sebelum mekar, dan dari biji ini minyak diekstrak. Minyak
cengkih tulen adalah eugenol, fitokimia pelbagai rupa yang kuat, boleh membius
kesakitan.
Daun Kemangi
Ocimum sanctum linn
Khasiat:
(1) Kesihatan kulit wajah. Gosok daun
kemangi kering di wajah untuk meningkatkan penampilan yang lebih muda dan
segar. Menerapkan daun kemangi yang dihaluskan pada wajah dan leher akan
meningkatkan warna kulit cerah dan segar.
(2) Mengubati panau. Haluskan daun
kemangi yang sudah dicuci, kemudian tambahkan sedikit kapur sirih, lalu sapukan
pada bagian tubuh yang terkena panau.
(3) Mengubati sariawan. Dengan cara
menambahkan daun kemangi sebagai ulam semasa makan.
(4) Menyembuhkan gatal-gatal. Dengan cara
menggiling dan merebus 200-250 gram daun kemangi dan dicampur dengan minyak
biji wijen dan disapukan pada kulit.
(5) Mengubati kurap. Campurkan daun
kemangi dan jus lemon. Kemudian, sapukan pada kulit yang terdapat kurap
(6) Untuk menghilangkan bau badan. Makan
daun kemangi yang masih segar untuk menghilangkan bau badan.
Daun Kucai
Allium tuberosum
Khasiat:
1. Daun kucai mempunyai vitamin B,
vitamin C dan karotin.
2.
Mampu
untuk mengubati pelbagai jenis penyakit wanita terutama seperti
penyakit keputihan dan sakit
senggugut.
3.
Merawat
darah tinggi dan membantu melancarkan sistem pembuangan najis dalam tubuh.
4.
Mempunyai
antisepetik yang tersendiri kerana ia mampu untuk membunuh kuman bakteria dalam usus
di samping menjadi perangsang dalam proses pengecutan serta proses pengembangan
usus.
5.
Mampu
melancarkan darah, sekali gus menghindarkan pembekuan darah dalam badan.
6.
Cara
rawatannya adalah dengan menumbuk daun kucai sehingga lumat dan kemudian di
kacau bersama dengan air panas. Di minum pada setiap pagi.
Daun Bawang
Amaranthus hybridus
1
(1)
Perut
kembung. Ambil lebih kurang 15 gram daun bawang segar, kemudian potong supaya
menjadi lebih halus/pendek. Rebus dengan 2 gelas air selama 15 minit hingga
kandungan air rebusan menjadi 1 gelas. Sejukan sebelum diminum.
2(2)
Sesak
nafas /flu/selesema. Masukkan helaian daun-daun bawang mentah (sekadar perlu)
kedalam sebuah bekas, kemudian tuangkan air panas kedalamnya. Wap yang terhasil
itu disedut/dihidu. Ulangi hingga hidung terasa lega. Pastikan bekas yang digunakan
tahan panas bagi mengelakkannya dari pecah.
3(3)
Bengkak
dan bisul. Ambil beberapa helai bawang daun, campur dengan sedikit air dan ramas
sampai ianya menjadi lembut. Kemudian tampalkan pada bisul atau bahagian tubuh
yang bengkak.
4(4)
Gigitan
serangga Potong daun bawang, gunakan sebagai ubat luar yang ditempelkan pada
bahagian tubuh yang disengat lebah, gigitan serangga atau
gatal-gatal/berbintik-bintik merah.
5(5)
Batuk. Buat jus dari 4 helai daun bawang yang berukuran besar ditambah 1 liter air
panas. Sejukan lalu diminum.
pokok tasbih
Canna Indica Linn
Khasiat : darah tinggi, sakit
kuning, keputihan, batuk berdarah dan menurunkan suhu panas dalam badan, menghentikan pengaliran darah akibat
luka, radang kulit bernanah dan merawat masalah jerawat.
Caranya:
Lumatkan akar pokok Tasbih dengan sedikit
tepung pulut dan
ia juga dapat menghentikan pengaliran
darah akibat luka, radang kulit bernanah dan merawat masalah jerawat. Caranya
ialah dengan melumatkan akar pokok Tasbih dengan sedikit tepung pulut dan air lalu
ditampalkan pada tempat yang luka atau sakit. Amalan minum air rebusan umbi
pokok Tasbih pula mampu meredakan buasir.
Serai Wangi
Cymbopogon nardus
Khasiat : pencegah lipas dan tikus serta hama, sabun dan
minyak urut dan minyak aroma terapi, pencegah stress
Caranya :
1)
Ambil daun serai wangi dan rebus. Guna air
rebusan untuk mandi
2)
Daun serai wangi diletakkan di dalam kabinet
dan reban ayam
Serai
Cymbopogon ciatrus
Khasiat : memutihkan gigi, masalah perut, ubat melegakan sakit @ Pain Killer, detoksifikasi, melegakan
Senggugut, agen pencegah Kanser, menurunkan tekanan darah, mencantikkan kulit dan sebagai
diuretic.
Caranya :
1) Memutihkan gigi
Tumbuk halus dua batang serai yang di potong
kecil dengan sedikit arang dapur dan gosokkan pada gigi anda. Lakukan tiga kali
seminggu dan lihat hasilnya.
2) Masalah perut
Teh serai mampu mengatasi gangguan pencernaan,
sakit perut, perut berangin, kejang usus dan cirit birit. Serai membantu
mengurangkan angin dalam usus sekaligus mencegah pembentukan gas
berlebihan. Masukkan hirisan sebatang serai di dalam teh.
3) Ubat melegakan Sakit atau Pain Killer
Jika anda mengalami sakit gigi, sakit otot dan sendi, minum teh limau berserai pasti dapat melegakan sakit anda itu. Ia bertindak sebagai penahan sakit semula jadi.
Jika anda mengalami sakit gigi, sakit otot dan sendi, minum teh limau berserai pasti dapat melegakan sakit anda itu. Ia bertindak sebagai penahan sakit semula jadi.
Sagu Belanda
Maranta Arundinacea
Khasiat : merawat luka, cirit-birit, sengatan, penyakit saluran
kencing.
Caranya :
1) Akar ditumbuk lumat-lumat dan ditampal pada luka, sengatan dan
patukan haiwan bisa
2) Ubi yang segar dimakan mentah untuk merawat masalah pundi dan
saluran kencing
3) Air rebusan diminum untuk merawat penyakit dalam saluran air
kencing
Lidah Buaya
Aloe vera
Khasiat
: merawat
berbagai-bagai keadaan kulit, seperti luka, luka terbakar, dan ekzema dan diabetes
Jarum Tujuh Bilah
Pereskia sacharosa
Khasiat : merawat kanser terutamanya kanser kolon(usus besar), kanser
hidung dan juga kanser lain, darah tinggi dan kencing manis.
Caranya :
Terdapat 3 cara
menggunakannya, pertama dengan memasukkan lebih kurang 2 helai daunnya kedalam
air panas dan dijadikan teh dan airnya diminum, kedua daunnya dimakan sebagai
ulam sebanya 1-3 helai setiap hari dan ketiga dengan cara mengisar daunnya
hingga lumat , campurkan air dan jusnya diminum
Kemunting Cina
Catharantus
Roseus
Khasiat : kencing manis, asma, kanser, resdung,
leukemia dan cirit-birit
Caranya
:
- Kencing manis dan leukemia
20g keseluruhan
pokok ini yang telah dikeringkan dengan 1 liter air dan diminum 2 kali
sehari.
- Perempuan yang mengandung dan mereka yang bermasalah hati, buah pinggang, paru-paru dan sembelit dilarang menggunakannya.
Subscribe to:
Posts (Atom)