Wednesday, 5 November 2014

Bunga ros jepun

Nama Tempatan:bunga ros jepun
Nama Saintifik:Portulaca Grandiflora
Nama Lain:bunga kembang petang, bunga pukul sepuluh,moss rose, rose moss, sun plant,japanese rose, bunga gelang
Famili:Portulaceae
Lokasi dijumpai:Tumbuhan hiasan
Asal:tumbuhan tempatan

keterangan:

Ros jepun merupakan sejenis tumbuhan hiasan yang digemari ramai kerana bunganya yang menarik dan penjagaannya yang mudah. terdapat pelbagai warna ros jepun antaranya merah jambu, merah terang, putih , kuning, ungu dan oren. terdapat juga jenis yang mempunya campuran warna seperti merah jambu dan putih. Ia merupakan sejenis tumbuhan herba yang merayap dan menyukai tanah yang poros dan bersaliran baik. Ia mudah membiak melalui jalaran akar dan boleh dibiakkan melalui keratan batang. Ia akan mengeluarkan bunga yang banyak jika mendapat pendedahan sepenuhnya kepada cahaya matahari. Bunganya akan kembang sepenuhnya pada pukul 10-11 pagi. daunnya berwarna hijau tetapi akan bertukar menjadi keperangan jika mendapat cahaya matahari yang berlebihan.

kegunaan:

Daunnya boleh digunakan untuk merawat luka ringan dengan cara dihancurkan dan ditampal pada bahagian yang luka.

Roselle


Hibiscus sabdariffa
KHASIAT : menyegar dan mengembalikan tenaga, selsema, batuk, mencerdaskan minda, mengurangkan stress, sukar tidur, kanser, menstabilkan tekanan darah tinggi, menghilangkan jeragat  muka, awet muda.

Daun sup




Apium graveolens
Khasiat: Mencuci buah pinggang.Caranya  sediakan daun sup (100 gram) cuci bersih-bersih, potong kecil-kecil masukkan kedalam periuk, masukan air bersih, didihkan  selama sepuluh minit sahaja.Setelah itu sejukkan, tapis dan masukkan kedalam bekas yang sesuai dan disimpan dalam peti sejuk. Amalkan meminumnya sehari segelas. Kandungan garam dan toksin dalam badan akan dikumuhkan melalui air kencing.

Cekur batik


Kaempferia elegans
               Khasiat: selsema, mengecutkan rahim, hilangkan kelemumur, sakit perut
1.     Selesema  - si cekur dicampur dengan lada sulah,kayu manis dan madu.
2.     Cekur dibuat ulam atau acar bagi mengecutkan rahim dan           menggalakan pembuangan angin
3.     Air rebusan akar cekur dapat menghilangkan kelemumur dan sakit perut.

Pokok Langsuyar



Asplenium nidus

Pokok Daun Semun mempunyai batang pokok yang pendek dan bersisik. Digelarkan rizom, batang pokok ini mempunyai satu silara daun pada bahagian atasnya. Di bawah rizom itu terdapat serumpun akar dengan banyak akar rambut untuk mengumpul kelembapan daripada hujan atau udara yang lembap.
Daun atau pelepah Pokok Daun Semun adalah panjang sehingga 150 sentimeter atau lebih. Pada permukaan bawah daun terdapat alur-alur halus yang bercabang seperti jejari dan yang kelihatan seolah-olah vena. Alur-alur ini mengandungi spora yang kelihatan seolah-olah habuk perang.
Bahagian atas silara Pokok Daun Semun mengandungi satu lekukan di pusatnya untuk menangkap daun-daun yang luruh dari pokok-pokok yang lebih tinggi. Semasa daun ini semakin reput, bahan-bahan mati ini bersama-sama dengan akar-akar pokok ini, bertindak sebagai span untuk menyerap dan menyimpan air, khususnya selepas hujan lebat. Tumbuhan-tumbuhan lain, seperti paku-pakis yang lebih kecil dan pokok-pokok anggerik tumbuh dalam lekukan ini dan berkongsi air yang dikumpul.

Ketumpangan air



                                          (Peperomia pellucida)

Seluruh bagiannya dapat dimakan, tetapi kebanyakan dikenal dari manfaat pengobatannya.
Efek farmakologinya adalah sebagai analgesik (pengurang rasa sakit) dan antiradang (antiinflammatory), diduga terkait dengan efeknya pada sintesis prostaglandin pada tubuh manusia.
Ia diketahui pula memiliki efek antibiotik spektrum luas, ditunjukkan pada pengaruhnya dalam menekan Staphylococcus aureus,Bacillus subtilisPseudomonas aeruginosa, and Escherichia coliEkstrak daun keringnya dalam kloroform diketahui menghambat fungi Trichophyton mentagrophytes.
Dalam pengobatan tradisional, tumpangan air dikenal sebagai bagian dalam pengobatan sakit perut, bengkak, jerawat, kolik, pegal-pegal, sakit kepala, gangguan kemih, dan sakit sendi karena reumatik.

Di Asia Tenggara, seduhan tumbuhan ini dipakai untuk mengurangi asam urat dan mengobati gangguan kemih. Ia juga digunakan sebagai pembalur untuk jerawat.

Kunyit Hitam



Nama Tempatan:   Kunyit Hitam
Nama Saintifik:       Curcuma Caesia
Nama Lain:   Kali haldi(india), black turmeric, black zedoary
Famili:            zingiberaceae
Lokasi dijumpai:     Tumbuhan rempah
Asal:  
keterangan:

Kunyit hitam ialah sejenis kunyit yang begitu jarang dijumpai dan mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Sesetengah kepercayaan menganggap kunyit ini mempunyai nilai mistik. DiIndia kunyit ini ditanam secara kormesial kerana nilai perubatannya
kegunaan:

Ia digunakan terutamanya untuk merawat ketumbuhan pada sendi( tumor joint). Ia juga digunakan untuk merawat penyakit kusta dan dikatakan dapat memanjangkan usia seseorang.

Kunyit



Turmeric
            Khasiat: Penghalang bengkak dan sakit-sakit pada otot, tulang dan sendi, antioksidan semulajadi, kanser, meningkatkan fungsi otak dan memori, penyakit jantung, keputihan

Caranya :
1)    Keputihan
Kunyit tua (15g) dikupas dan diparut. Ditambah 150ml air asam jawa dan gula dan dikacau rata. Tapisdan minum setiap hari.
2)    Kapsul kunyit dimakan untuk mengatasi penyakit lain.



Sambung nyawa



Gynura procumbens
                Khasiat: diabetis mellitus, Darah tinggi, Tumor, Kena bias ulat dan    
                             semut 
Caranya :
1)      diabetis melitus
Siapkan tujuh lembar daun sambung nyawa yang masih segar.cuci dan bilas  dengan air.makan daun sebagai lalapan mentah bersama dengan nasi.lakukan dua kali sehari,masing-masing tujuh lembar daun
2)      Darah tinggi
ambil tujuh lembar daun sambung nyawa,cuci bersih kemudian dimakan sekali sehari sebagai lalapan. Boleh juga ditumis atau dikukus sebentar sebelum  dimakn atau dibuat jus.lakukan hal ini sebagai rutin harian.
3)Tumor
Makan tiga lembar daun sambung nyawa segar setiap hari,jangan lupa dicuci bersih.lakukan secara teratur setiap kali makan nasi.pantangnya:ikan masin,tauge,sawi putih,kangkung,nanas.durian,nangka
4)Kena bias ulat dan semut hitam
Selembar daun segar digosokkan pada bahagian tubuh yang gatal sehingga daun tersebut mengeluarkan air dan hancur.lakukan dua kali selama dua jam sekali atau ambil 20 helai daun .cuci dan ditumbuk halus,masukkan sedikit air garam.ramuan ini berguna untuk mengurap sebanyak gigitan/sengatan,lalu dibalut (1-2 kali sehari sebanyak yang diperlukan).

Kelapa



(Cocos nucifera L.)
Kesemua bahagian pokok kelapa berguna kecuali kemungkinannya bahagian akar dan pokok kelapa mampu menghasilkan sehingga 75 biji kelapa setahun; dengan itu, ia mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Malah, nama pokok kelapa dalam bahasa Sanskrit adalah kalpa vriksha, yang diterjemahkan sebagai "pokok yang membekalkan semua keperluan kehidupan". Kegunaan pelbagai bahagian kelapa termasuk:
  • batang kelapa boleh dibuat titi serta bahan pembinaan untuk rumah seperti papan, dinding dan lantai
  • daun kelapa boleh dibuat pembalut makanan
  • lidi kelapa boleh dibuat penyapu
  • sabut kelapa boleh dibuat tali
  • tempurung kelapa boleh diproses menjadi ubat nyamuk dan barangan kraftangan
  • serbut sabut boleh dibuat bahan reput dan kompos dalam pertanian
  • minyaknya sebagai minyak masak, minyak pelita dan sabun

Daun limau purut

   

     Citrus hystrix
        
   Khasiat: menghilangkan kelemumur

Caranya :
Belah dua dan jusnya diperah ke atas kepala dan digosokkan ke kulit kepala. Insyallah, jika diamalkan, rambut menjadi sihat, berkilat, dan bersih tanpa kelumumur

Daun kari


 Murraya koenigii
            Khasiat: tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masalah penghadaman, sembelit, cirit birit dan buasir.
Caranya :
1   i.   Cirit-birit, buasir
Jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar kepada cirit birit dan buasir.
2       ii.masalah loya dan pening.
Campurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis.
3      iii.  Diabetes
Air rebusan kulit batangnya yang kering dapat digunakan untuk mengubat diabetes. Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan.
4        ivMerangsang kehamilan
Amalkan makan pucuk kari selama 3 bulan setiap hari 

Belimbing tanah



Nama Tempatan:Belimbing tanah
Nama Saintifik:tacca integrifolia
Nama Lain:Belimbing batu, white bat plant
Famili:taccaceae
Lokasi dijumpai:
Asal:

keterangan:

Tumbuhan berumpun ini agak sukar ditemui namun ia biasanya didapati tumbuh liar dikawasan yang agak redup terutamanya dikebun getah.Daunnya lebar dan panjang berukuran kira-kira 15 inci panjangnya. Ia membiak melalui rizom dan pokoknya jika dilihat sekali imbas menyerupai pokok kunyit.

kegunaan:

Digunakan untuk menurunkan tekanan darah tinggi. seluruh pokok ini termasuk akar dan buahnya direbus hingga mendidih dan airnya diminum dua kali sehari. selain dari itu tonik ini juga berupaya mengubati masalah buasir, kencing manis, lemah jantung dan buah pinggang

Temu putih

 

Curcuma zedoaria
            Khasiat: menghangatkan badan, menambah nafsu makan, menghilangkan nafas tidak sedap, menguatkan syahwat, sebagai ubat luka, kecacingan , memperbaiki penglihatan yang kabur atau tidak jelas,  demam,dan  tumor.

Dimakan  sebagai ulam atau di dalam bentuk kapsul.

Dukung Anak



Phyllanthus niruri
Khasiat:

Buahnya digunakan untuk mengubati luka, kerengsaan, penyakit kudis buta(scabies) dan kurap.Akarnya pula (yang masih segar) adalah penawar yang berkesan untuk penyakit kuning(jaundice) terutamanya pada bayi yang baru lahir. Daun yang telah dilumatkan dan dicampur dengan sedikit garam dapur boleh merawat jangkitan kudis buta(scabies). Jika tidak dicampur garam ia boleh ditampal pada luka dan lebambisa gigitan ular, Tumbuhan ini juga boleh digunakan sebagai tuba(racun) ikan. Walaupun masih sukar untuk menentukan apakah kandungan dalam tumbuhan ini yang menyebabkan ia mempunyai nilai perubatan yang tinggi, ada kajian yang menunjukkan ia memberikan kesan positif untuk mengubati penyakit hepaptitis B. Kajian lanjut masih dijalankan oleh para saintis mengenai kegunaan dukung anak untuk merawat hepatitis B.


Daun Kesum


Polygonum minus huds
Khasiat:

1)    Digunakan untuk mengharumkan masakan seperti laksa dan asam pedas.
2)     Digunakan untuk mengubati masalah perut tidak hadam dengan cara merebus pokok kesum berasama air hingga mendidih dan airnya diminum.
3)     Menjadi penawar kepada masalah kelemumur. Cara untuk menghilangkan kelemumur menggunakan kesum ialah dengan menumbuk daunnya hingga lumat dan airnya diperah.Gosokkan air yang terhasil ini pada kulit kepala dan biarkan selama 3-5 minit sebelum dibilas dengan air bersih.

Halia



Zingiber Officinale 
  Khasiat:
1.      Halia boleh digunakan untuk merawat penyakit angin dalam    badan,muntah-muntah, cirit-birit,sakit perut, rheumatik,melancarkan pengaliran darah, menghangatkan badan dan membantu penghadaman makanan.

2.      Ia juga boleh merawat mati pucuk(impoten),keracunan oleh udang,sakit pinggang dan sakit kepala.Untuk rheumatik, halia dibakar, dibersihkan dan diparut serta ditampal di tempat yang sakit.

Daun Selasih



Ocimum basilicum
Khasiat:


Antara penyakit yang boleh dirawat dengan cara memakan daunnya secara mentah adalah masalah usus atau lebih biasa di panggil gastrik. Ia juga sesuai untuk merawat penyakit kulit, sakit kepala, sakit telinga dan juga meredakan demam. Ia di lakukan dengan merendamkan beberapa helai daunnya yang segar dalam air panas dan apabila sudah suam, minumlah air rendamannya itu perlahan-lahan.Malah air rendamannya itu boleh juga digunakan secara luaran bagi mengubati sakit sendi dan menambah pengeluaran susu bagi wanita yang menyusukan anak.

Cengkih



Cengkih (Syzygium aromaticum, Syn. Eugenia aromaticum), dalam bahasa Inggeris disebut colves,adalah tangkai bunga kering beraroma dari keluarga pohon Myrtaceae. Cengkih tanaman asal Indonesia, banyak digunakan sebagai perencah masakan pedas di negara-negara Eropah dan sebagai bahan utama rokok kretek khas Indonesia. Cengkih ditanam terutama di Indonesia (kepulauan Banda) dan Madagaskar; selain itu juga ditanam di Zanzibar, India dan sri Lanka. Pokok cengkih adalah pokokmalar hijau kecil berdaun kilat dan berbunga kecil dengan bauan yang amat menyegarkan. Ia termasuk jenis tumbuhan perdu yang dapat memiliki batang pohon besar dan berkayu keras, cengkih mampu bertahan hidup puluhan bahkan sampai ratusan tahun, tingginya dapat mencapai 20-30 meter dan cabang-cabangnya cukup lebat. Cabang-cabang dari tumbuhan cengkih tersebut pada umumnya panjang dan dipenuhi dengan ranting-ranting kecil yang mudah patah. Mahkota biji cengkih berbentuk kerucut. Daun cengkih berwarna hijau, berbentuk lonjong dengan bahagian hujung dan pangkalnya menyudut, mempunyai ukuran lebar 2-3cm dan panjang daun 7.5-12.5cm. Bunga dan buah cengkih akan muncul dihujung ranting daun bertangkai pendek serta bertandan. Bunga cengkih muda berwarna keungu-unguan, berubah menjadi kuning kehijau-hijauan lalu berubah menjadi merah muda apabila matang. Cengkih kering akan berwarna coklat kehitaman dan berasa pedas disebabkan kandungan minyak mudah meruap (Volitile). Umumnya cengkih pertama kali berbuah pada umur 4-7 tahun. Tumbuhan ini akan tumbuh dengan baik apabil mendapat air dan sinar matahari terus secukupnya. Kesuluruhan bahagian pokok sangat beraromatik. Digunakan bagi dua tujuan, ia itu dalam masakan dan perubatan. Tunas dipetik dan dikeringkan sebelum mekar, dan dari biji ini minyak diekstrak. Minyak cengkih tulen adalah eugenol, fitokimia pelbagai rupa yang kuat, boleh membius kesakitan.

Daun Kemangi



Ocimum sanctum linn
Khasiat:

(1)    Kesihatan kulit wajah. Gosok daun kemangi kering di wajah untuk meningkatkan penampilan yang lebih muda dan segar. Menerapkan daun kemangi yang dihaluskan pada wajah dan leher akan meningkatkan warna kulit cerah dan segar.
(2)    Mengubati panau. Haluskan daun kemangi yang sudah dicuci, kemudian tambahkan sedikit kapur sirih, lalu sapukan pada bagian tubuh yang terkena panau.
(3)    Mengubati sariawan. Dengan cara menambahkan daun kemangi sebagai ulam semasa makan.
(4)    Menyembuhkan gatal-gatal. Dengan cara menggiling dan merebus 200-250 gram daun kemangi dan dicampur dengan minyak biji wijen dan disapukan pada kulit.
(5)    Mengubati kurap. Campurkan daun kemangi dan jus lemon. Kemudian, sapukan pada kulit yang terdapat kurap
(6)    Untuk menghilangkan bau badan. Makan daun kemangi yang masih segar untuk menghilangkan bau badan.

Daun Kucai


Allium tuberosum

Khasiat:
1.     Daun kucai mempunyai vitamin B, vitamin C dan karotin.
2.     Mampu untuk mengubati pelbagai jenis penyakit wanita terutama seperti
penyakit keputihan dan sakit senggugut.
3.     Merawat darah tinggi dan membantu melancarkan sistem pembuangan najis dalam tubuh.
4.     Mempunyai antisepetik yang tersendiri kerana ia mampu untuk membunuh                    kuman bakteria dalam usus di samping menjadi perangsang dalam proses pengecutan serta proses pengembangan usus.
5.     Mampu melancarkan darah, sekali gus menghindarkan pembekuan darah dalam badan.
6.     Cara rawatannya adalah dengan menumbuk daun kucai sehingga lumat dan kemudian di kacau bersama dengan air panas. Di minum pada setiap pagi.

Daun Bawang



Amaranthus hybridus
1
(1)    Perut kembung. Ambil lebih kurang 15 gram daun bawang segar, kemudian potong supaya menjadi lebih halus/pendek. Rebus dengan 2 gelas air selama 15 minit hingga kandungan air rebusan menjadi 1 gelas. Sejukan sebelum diminum.
2(2)    Sesak nafas /flu/selesema. Masukkan helaian daun-daun bawang mentah (sekadar perlu) kedalam sebuah bekas, kemudian tuangkan air panas kedalamnya. Wap yang terhasil itu disedut/dihidu. Ulangi hingga hidung terasa lega. Pastikan bekas yang digunakan tahan panas bagi mengelakkannya dari pecah.
3(3)    Bengkak dan bisul. Ambil beberapa helai bawang daun, campur dengan sedikit air dan ramas sampai ianya menjadi lembut. Kemudian tampalkan pada bisul atau bahagian tubuh yang bengkak.
4(4)    Gigitan serangga Potong daun bawang, gunakan sebagai ubat luar yang ditempelkan pada bahagian tubuh yang disengat lebah, gigitan serangga atau gatal-gatal/berbintik-bintik merah.

5(5)    Batuk. Buat jus dari 4 helai daun bawang yang berukuran besar ditambah 1 liter air panas. Sejukan lalu diminum.

pokok tasbih


Canna Indica Linn 
Khasiat : darah tinggi, sakit kuning, keputihan, batuk berdarah dan menurunkan suhu panas dalam badan, menghentikan pengaliran darah akibat luka, radang kulit bernanah dan merawat masalah jerawat.

Caranya:
 Lumatkan akar pokok Tasbih dengan sedikit tepung pulut dan

ia juga dapat menghentikan pengaliran darah akibat luka, radang kulit bernanah dan merawat masalah jerawat. Caranya ialah dengan melumatkan akar pokok Tasbih dengan sedikit tepung pulut dan air lalu ditampalkan pada tempat yang luka atau sakit. Amalan minum air rebusan umbi pokok Tasbih pula mampu meredakan buasir.

Serai Wangi


Cymbopogon nardus
Khasiat : pencegah lipas dan tikus serta hama, sabun dan minyak urut dan minyak aroma terapi, pencegah stress

Caranya :
1)    Ambil daun serai wangi dan rebus. Guna air rebusan untuk mandi

2)    Daun serai wangi diletakkan di dalam kabinet dan reban ayam 

Serai


Cymbopogon ciatrus
Khasiat : memutihkan gigi, masalah perut, ubat melegakan sakit @ Pain Killer, detoksifikasi, melegakan Senggugut, agen pencegah Kanser, menurunkan tekanan darah, mencantikkan kulit dan sebagai diuretic.

Caranya :
1)  Memutihkan gigi
    Tumbuk halus dua batang serai yang di potong kecil dengan sedikit arang dapur dan     gosokkan pada gigi anda. Lakukan tiga kali seminggu dan lihat hasilnya. 

2)   Masalah perut
    Teh serai mampu mengatasi gangguan pencernaan, sakit perut, perut berangin,               kejang usus dan cirit birit. Serai membantu mengurangkan angin dalam usus                 sekaligus mencegah pembentukan gas berlebihan. Masukkan hirisan sebatang serai       di dalam teh.


3) Ubat melegakan Sakit atau Pain Killer
   Jika anda mengalami sakit gigi, sakit otot dan sendi, minum teh limau berserai pasti      dapat melegakan sakit anda itu. Ia bertindak sebagai penahan sakit semula jadi. 

Sagu Belanda


Maranta Arundinacea
Khasiat : merawat luka, cirit-birit, sengatan, penyakit saluran kencing.

Caranya :
1)    Akar ditumbuk lumat-lumat dan ditampal pada luka, sengatan dan patukan haiwan bisa
2)    Ubi yang segar dimakan mentah untuk merawat masalah pundi dan saluran kencing
3)    Air rebusan diminum untuk merawat penyakit dalam saluran air kencing

Lidah Buaya


Aloe vera

Khasiat : merawat berbagai-bagai keadaan kulit, seperti luka, luka terbakar, dan ekzema dan diabetes



Jarum Tujuh Bilah


Pereskia sacharosa

Khasiat : merawat kanser terutamanya kanser kolon(usus besar), kanser hidung dan juga kanser lain, darah tinggi dan kencing manis.


Caranya :
Terdapat 3 cara menggunakannya, pertama dengan memasukkan lebih kurang 2 helai daunnya kedalam air panas dan dijadikan teh dan airnya diminum, kedua daunnya dimakan sebagai ulam sebanya 1-3 helai setiap hari dan ketiga dengan cara mengisar daunnya hingga lumat , campurkan air dan jusnya diminum

Kemunting Cina


Catharantus Roseus
Khasiat : kencing manis, asma, kanser, resdung, leukemia dan cirit-birit

Caranya :
  •           Kencing manis dan leukemia

       20g keseluruhan pokok ini yang telah dikeringkan dengan 1 liter air dan diminum 2 kali     
       sehari. 
  •   Perempuan yang mengandung dan mereka yang bermasalah hati, buah pinggang, paru-paru dan sembelit dilarang menggunakannya.